
SHAH ALAM – Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) memeterai Memorandum
Persefahaman (MoU) bersama Mahsa University bagi memperkukuh hubungan strategik antara
institusi pendidikan tinggi dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan.
MoU itu menjadi langkah penting dalam usaha kedua-dua institusi meneroka peluang kerjasama yang
berpotensi memberi manfaat kepada bidang pendidikan, pembangunan profesional serta sektor
kesihatan.
Kerjasama berkenaan turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi kepakaran,
membina jaringan profesional dan meneroka pelbagai bentuk kolaborasi yang bersesuaian dengan
matlamat serta kemampuan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif SSASH, Akim Affandi Ahmad berkata, kerjasama itu merupakan satu
langkah positif dalam membina jaringan kerjasama yang kukuh dan membuka ruang kepada pelbagai
peluang yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.
“Kerjasama tersebut diharap menjadi asas kepada hubungan jangka panjang yang produktif dan
saling menguntungkan, selain menyokong usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti
perkhidmatan serta pembangunan sektor penjagaan kesihatan,” katanya.
Pada majlis MoU itu, Kumpulan Mahsa diwakili Pengarah Urusannya, Profesor Datuk Dr. Shahril
Mohamed Haniffa. Mahsa University yang merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi dilihat sebagai rakan kolaborasi
berpotensi dalam memperkukuh hubungan antara dunia akademik dengan industri kesihatan.
Sebagai rekod, SSASH merupakan hospital pakar swasta milik Bumiputera di bawah pengurusan
Salam Group of Hospitals yang ditubuhkan pada 2003.
Hospital itu menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan multidisiplin dengan penekanan
terhadap penyampaian perkhidmatan berkualiti, mampu milik dan berfokuskan pesakit.
Ia turut memiliki akreditasi pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 daripada Sirim
sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh mutu perkhidmatan dan keyakinan masyarakat
terhadap hospital berkenaan.
Source:
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2026/10/30/mou-salam-shah-alam-mahsa-perkukuh-kerjasama/
Mdaily: https://mdaily.my/salam-shah-alam-meterai-mou-dengan-mahsa-jalin-kerjasama-strategik/
SuaraTV: https://suara.tv/31/10/2026/salam-shah-alam-dan-mahsa-university-buka-ruang-kerjasama-lebih-luas-dalam-bidang-kesihatan
TheMalaysiaTribune: https://malaysiatribune.news/salam-shah-alam-kerjasama-mahsa-university/
UtusanTV: https://utusantv.com/2026/10/30/salam-shah-alam-mahsa-university-buka-peluang-baharu-sektor-kesihatan
Leave feedback about this