
Mar 24, 2023
“Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki” – QS. Saba’: 39
Mengambil keberkatan bulan Ramadan pada tahun ini, SALAM Shah Alam Specialist Hospital telah menyumbangkan air mineral untuk program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang bertempat di Dataran Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. Program ini yang merupakan kesinambungan program sejak tahun lepas bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai program pengimarahan.
Majlis menerima sumbangan ini telah dihadiri sendiri oleh pengasas Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamudin Yaacob manakala En Ahmad Ramli Bin Maryakon, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporat SALAM Shah Alam Specialist Hospital mewakili pihak SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
_________________________________
Whatsapp : wa.me/60108690232
Hotline : 03-5543 4000
Facebook Inbox : m.me/salamshahalam.fb
Email : cust.care@salam.com.my
#salamshahalam #salamshahalamspecialisthospital #salamshahalamhospital #ramadankareem #iftaralamadinah