
Mar 3, 2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama tak dengar khabar anda semua.
Diharap anda semua sihat dan gembira selalu.
Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai penyakit yang dinamakan Trigger Finger.
Apakah itu Trigger Finger?
1) Sejenis penyakit pada jari yang disebabkan oleh penggunaan tangan yang kerap atau kerana penyakit tertentu seperti diabetes melitus, hypothyroid, penyakit buah pinggang dan lain-lain.
2) Mengakibatkan jari yang terlibat berasa kesakitan dan terkunci (locking) apabila mahu diluruskan (finger extension)
3) Berpunca daripada keradangan selaput jari yang dinamakan A1 pulley yang kemudiannya menebal lalu menyekat pergerakkan jari.
4) Terdapat 4 kategori Trigger Finger berdasarkan darjah keterukkan
Tahap 1 - kesakitan pada jari apabila ditekan pada punca sakit
Tahap 2 - kesakitan + jari tersekat (locking) tetapi boleh diluruskan dengan sendirinya
Tahap 3 - kesakitan + jari tersekat (locking) dan perlu diluruskan secara paksa
Tahap 4 - kesakitan + jari tersekat (locking) dan tidak dapat diluruskan
Jadi apakah cara rawatannya
Tahap 1 - ubat tahan sakit + fisioterapi
Tahap 2 - ubat tahan sakit + fisioterapi +/- suntikan steroid
Tahap 3 - suntikan steroid +/- pembedahan melepaskan selaput jari
Tahap 3 - pembedahan melepaskan selaput jari
Di harapkan perkongsian saya bermanfaat
Stay safe and healthy
Syukran....
Dr (Mr) Farid Fikri Bin Shukri
Consultant Orthopedic and Traumatology Surgeon
Orthopedic Clinic
SALAM Shah Alam Specialist Hospital
Seksyen 19, Shah Alam
☎️ 03-55434052
📱 Whatsapp: wa.me/60182618454