
May 22, 2023
Pada hari Jumaat (19 Mei 2023), SALAM Shah Alam Specialist Hospital telah menyertai program Hari MARA Bersama Rakyat bertempat di UTC Selangor. Pelbagai aktiviti menarik diadakan di program ini seperti pameran kerjaya, hari terbuka Institut di bawah seliaan MARA serta aktiviti jualan. Pihak SALAM Shah Alam Specialist Hospital mengambil kesempatan membuka reruai serta menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat dari Pakar Pemakanan serta pemberian cenderahati sempena Hari Ibu. Program ini juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yang Berbahagia Dato Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki yang mengunjungi reruai kami seterusnya menjalankan pemeriksaan kesihatan.
__________________
Whatsapp : wa.me/60108690232
Hotline : 03-5543 4000
Facebook Inbox : m.me/salamshahalam.fb
Email : cust.care@salam.com.my
#salamshahalam #salamshahalamspecialisthospital #salamshahalamhospital