
Mar 22, 2022
Pakej Rawatan Suntikan Hyaluronic Acid (HA)
Apa yang pesakit perlu tahu berkenaan Suntikan Hyaluronic acid (HA)
• Suntikan ini tiada pendarahan berlebihan kerana ianya bukan satu bentuk pembedahan.
• Tujuan rawatan ini adalah untuk menambah pelincir lutut yang sedikit atau menggantikan pelincir lutut yang tidak sihat
• HA adalah pelincir gantian sintetik yang selamat dan mempunyai fungsi yang sama dengan pelincir lutut yang asal
• HA tidak mengurangkan kesakitan lutut secara terus . Tetapi HA memelihara sendi lutut dan mengurangkan sakit pada sendi lutut secara beransur-ansur
• Suntikan ini boleh dilakukan secara balik hari (daycare) sahaja
• Selepas suntikan pesakit boleh terus pijak, berjalan dan melakukan aktiviti seharian seperti biasa
Untuk pertanyaan lanjut atau temujanji, boleh hubungi Klinik Pakar Ortopedik, Dr Farid Fikri di talian 03-5543 4052 atau Whatsapp
wa.me/60182618454