
Dec 7, 2020
Pelanggan dan Pesakit yang dihormati,
Hospital Pakar SALAM Shah Alam ingin memaklumkan terdapat kes positif Covid-19 telah dikenal pasti pada 1 Disember 2020. Keputusan didapati melalui ujian saringan Covid-19 yang dijalankan oleh pihak Hospital.
Justeru, pihak Hospital telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan dengan melakukan pengesanan awal kontak, kerja-kerja pembersihan pembasmian kuman dikawasan terlibat dan kuarantin 14 hari mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.Matlamat kami adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan.
Saringan ujian RT-PCR telah dijalankan ke atas kakitangan yang terlibat. Ini sebagai satu inisiatif dan langkah proaktif yang diambil oleh pihak Pengurusan.Servis klinikal di Hospital Pakar SALAM Shah Alam masih beroperasi seperti biasa dengan SOP yang ditetapkan dan pesakit boleh meneruskan rutin rawatan dalam persekitaran yang selamat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5543 4000 atau whatsapp di talian 010-8690232
Moga kita semua kekal sihat & selamat dan sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ini.
Terima kasih
Pihak Pengurusan Hospital Pakar SALAM Shah Alam