
May 15, 2023
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Jururawat Sedunia dan Hari Pekerja 2023, pihak SALAM Shah Alam Specialist Hospital telah mengadakan majlis untuk meraikan semua kakitangan hospital. Majlis yang diadakan di perkarangan hospital ini bertujuan untuk meraikan kakitangan hospital yang menjadi tulang belakang dalam pengoperasian hospital serta mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara staf. Majlis sambutan ini juga telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Kumpulan Hospital SALAM, Datin Maslina Binti Ibrahim bersama barisan kumpulan pengurusan SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Jururawat Sedunia dan Selamat Hari Pekerja 2023!
__________________
Whatsapp : wa.me/60108690232
Hotline : 03-5543 4000
Facebook Inbox : m.me/salamshahalam.fb
Email : cust.care@salam.com.my
#salamshahalam #salamshahalamspecialisthospital #salamshahalamhospital